- Kemunculan tokoh-tokoh aliran humanisme seperti Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocacccio
- Semangat inkuiri/ semangat ingin tahu
- Kemunculan bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan sebagai pusat perdagangan antarabangsa
- Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean
- Berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama yang menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea- idea baru
- Bandar pelabuhan seperti Venice dan Genoa merupakan pusat ekonomi perdagangan utama yang berjaya menjadi pusat perkembangan budaya utama di Eropah
- Kemunculan pedagang- pedagang kaya di pelabuhan dan bandar utama di Itali dan mereka menjadi penaung(patron) kepada pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis
- Berlakunya persaingan antara bandar- bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh seniman dan cendekiawan
- Paus di Rom menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
- Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar.
Florence
Gambar dari : https://images.app.goo.gl/6Zz8mGrU3yfQ42Tq6
Venice
Gambar dari : https://images.app.goo.gl/aRRRXTJ8fKotYchL8
KESAN PERKEMBANGAN ZAMAN RENAISSANCE DI EROPAH
POLITIK
- Semangat inkuiri telah menggalakkan perkembangan dalam pelbagai bidang termasuk seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial
- Kemunculan monarki baru
- Wujud kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan
- Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
- Kuasa gereja dan golongan bangsawan bertambah kurang
EKONOMI
- Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
- Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
- Perkembangan sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa
- Mendorong perkembangan dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan
- Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi,( teknik melukis peta) dan astronomi
- Penekanan kepada ciri- ciri inkuiri, keobjektifan dan eksperimen
- Perkembangan pelbagai ilmu sains seperti fizik, biologi, kimia dan perubatan.
- Manusia lebih bersedia menzahirkan emosi mereka
- Mendorong kemajuan dalam seni muzik, lukisan dan ukiran
- Melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri
- Perubahan masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikira logik, saintifik, falsafah dan metafizik
- Menekankan tenggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat
- Melahirkan manusia Renaissance yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam' pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia
- Mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka
![]() |
Gambar dari : https://images.app.goo.gl/thQZRY4Egb2CWhNy8
Gambar dari : https://images.app.goo.gl/XegMCus7Rz6cC7399