Monday, 9 November 2020

SUMBANGAN RENAISSANCE KEPADA EROPAH

1. Kemunculan Aliran Pemikiran

-yang mementingkan kebebasan akal seperti alim baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme. rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemahkan kekuasaan golongan feudal.

2. Itali telah menjadi pusat ilmuyang terkenal di Eropah pada abad ke 15

- Hal ini terjadi apabila Kota Konstatinopel dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat- pusat perdagangan di Itali. Hal ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.

3. Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju

- Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dan kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah

4. Melahirkan tokoh- tokoh pemikir

- Seperti Leonardo Da Vinci yang terkenal sebagai pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.

5. Melahirkan ahli- ahli sains terkenal

- Seperti Copernicus dan Galileo

6. Melahirkan ahli matematik

- Seperti Tartagila dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartagila orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.

7. Melahirkan tokoh- tokoh perubatan di Eropah

- Antara tokoh perubatan yang terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah

8. Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif

- Serta wujud semangat inkuiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan. 


Copernicus



Willian Harvey



KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, bandar- bandar seperti Venice, Florence dan Rom telah memainkan peranan penting kerana gabungan penglibatan pedagang, cendekiawan, ilmu pengetahuan telah membantu golongan cendekiawan menggunakan akal bagi menyelesaikan permasalahan serta menyebarkan idea renaissance ke seluruh Eropah. Hal ini melahirkan budaya mempunyai keyakinan diri dengan menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan, dan ukiran. Mereka berani meneroka perkara untuk memajukan kehidupan.


RUJUKAN

1. Nota Sejarah (2017) Perkembangan di Eropah. Akses pada 8/11/2020 dari

https://www.notasejarah.com/nota-sejarah-tingkatan-4-bab-9-perkembangan-di-eropah/

2. Cikgu Jumali (2008) Zaman Renaissance. Akses pada 8/11/2020 dari 

https://fastnote.wordpress.com/zaman-renaissance/